SEJARAH


SEJARAH SEKOLAH

SK.Balai Badang telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan merupakan cawangan kepada SK Mensudut Lama,SK Blai Badang terletak kira2 24 km dari pekan Batu Anam dan 50 km dari bandar Segamat.Sekolah ini tidak ketinggalan daripada mendapat kemudahan asas yang empurna seperti jalan berturap serta bekalan air dan elektrik yang secukupnya.

Pda tahun 1981 SK.Balai Badang memulakan pentadbiran sendiri setelah bertapak daripada sebuah bangunan papan yang tidak mempunyai sebarang kemudahan asas.Pdad tahun 2003 SK.Balai Badang memulakan operasi sepenuhnya setelah mempunyai pelbagai kemudahan termasuk sebuah makmal komputer.

Pada tahun 2004 SK.Balai Badang telah menubuhkan satu kelas prasekolah.Ini telah menjadikan bilangan murid bertambah.Pda tahun 2005 merupakan tahun yang bertuah bagi murid-murid apabila sekolah ini menerima 4 orang guru terlatih termasuk seorang guru berijazah.Pda tahun 2007 sekolah ini telah menerima lagi guru serta seorang guru pemulihan.


SEJARAH PRASEKOLAH

Prasekolah mula ditubuhkan setelah MEsyuarat jemaah menteri diadakan pada 18disember 1991.kemudian KPM melaksanakan program prasekolah pada 27 januari 1992.Mesyuarat antara kementerian dan seterusnya projek pendidikan prasekolah di 1070 buah sekolah telah ditubuhkan dengan bilangan kelas sebanyak 1131 kelas dan tiada perluasan.pada 6 jun 2001 Mesyuarat jemaah menteri kembali diadakan dan program prasekolah terus diperluaskan.pada tahun 2004,sebuah kelas prasekolah yang lengkap dan mempunyai murid seramai 25 orang telah dibuka di SK.Balai Badang.Pada tahun 2008 parasekolah ini telah menerima seorang guru berijazah dan prasekolah ini telah mula dikenali dengan nama Al-najjah.

No comments:

Post a Comment